Ikuti kisah kisah yang di paparkan oleh wartawan JULIE ROSHANA AKMA BT SHAFEE dalam MAjalaH Mingguan Wanita.
![]() |
| Majalah Mingguan Wanita Keluaran 15 - 21 Feb 2013 |
Pn. Faridah, 49 tahun merupakan bekas pesakit kanser serviks. Dia disahkan oleh doktor bahawa dia menghidap kanser serviks pada tahun 2004. Kini, Pn.Faridah tidak lagi menderita akibat kanser serviks malah menekankan setiap wanita perlu melakukan saringan dan pengesanan awal penyakit kanser ketiga yang biasa berlaku di kalangan wanita Malaysia.
"Rasa tidak prihatin terhadap gejala-gejala awal telah membuatkan saya kehilangan sistem peranakan saya. Kos merawat penyakit saya ini lebih daripada kos mencegah. Selepas saya melalui setiap rawatan dari 2002 hingga pulih, kos rawatan itu hampir RM500,000. Kalaulah daripada awal dapat dicegah, kos rawatan tidak akan mencecah sebanyak itu. Pengesanan awal lebih penting. Ia mampu mengelakkan penyakit itu lebih teruk."
Wanita bersikap positif ini menyarankan agar wanita untuk menjalani kehidupan yang sihat bagi mengelakkan kanser serviks.
"Kanser serviks adalah disebabkan oleh virus. Pemakanan untuk melawan virus itu amat penting. Bagi mereka yang telah berkahwin perlulah melakukan Pap Smear. Bagi yang belum berkahwin, mereka disarankan mengambil vaksin kerana itu adalah langkah-langkah pencegahan awal.
Bukan sahaja wanita, malah lelaki terutamanya suami, perlu sedar tentang penyakit kanser serviks. Ini adalah kerana virus ini juga boleh disebarkan daripada seorang lelaki kepada wanita. Lelaki juga patut sedar kebersihan diri mereka. Sokongan emosi kepada isteri adalah amat penting. Kadangkala perkataan seperti "Engkau dah tidak ada apa-apa" boleh menyebabkan stress kepada wanita. Kita bukannya mahu, tetapi itu adalah takdir."
Faridah memang tidak pernah terfikir bahawa dia akan menghidap penyakit kanser. Malah apabila dia mengalami gejala-gejala seperti sakit di bahagian peranakan, sakit di bahagian ari-arim keputihan dan sengugut yang melampau, dia tidak mengendahkannya.
"Saya ambik mudah gejala-gejala tersebut." Luah Faridah dengan kesal.
"Saya rasa sakit yang amat sangat. Lalu doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati apendiks yang hampir pecah, dan telah menyebabkan jangkitan pada bahagian ovari kanan. Setelah itu, saya tidak lagi merasa sakit."
"Saya rasa sakit yang amat sangat. Lalu doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati apendiks yang hampir pecah, dan telah menyebabkan jangkitan pada bahagian ovari kanan. Setelah itu, saya tidak lagi merasa sakit."
![]() |
| Selain suami, anak-anak turut memberi sokongan padu agar Faridah meneruskan kehidupan dengan penuh positif. – Foto Shafuan Sabri |
Faridah tidak lagi mengalami sebarang masalah kesihatan setelah pembedahan tersebut dilakukan. Tutur ibu kepada Siti Nadiah, 24, dan Muhammad Naim, 21 ini lagi, apabila dia dan suami gagal dalam percubaan untuk hamil selepas dua tahun pembedahan dilakukan, kegagalan tersebut telah mendedahkan masalah sebenar yang tersembunyi pada tubuhnya.
Pada tahun 2004, Faridah mengalami sakit yang sama. Dia kemudiannya kembali ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.
“Pada masa itu berlaku pendarahan dan saya mengalami susah buang air besar. Kemudiannya doktor mengatakan bahawa ovari kiri saya rosak dan menasihatkan agar saya untuk melakukan pembedahan kali kedua.
Setelah berbincang dengan suami, saya agak keberatan melakukan pembedahan. Kami buat keputusan berjumpa dengan pakar sakit puan yang lain. Doktor kedua ini mengatakan bahawa saya perlu melakukan biopsi.
Selepas biopsi dilakukan, dua minggu kemudian doktor tersebut mengatakan bahawa saya menghidap kanser. Saya menyangka kanser ovari sebaliknya doktor mengatakan bahawa saya menghidap kanser serviks.”
Jelas Faridah lagi pengesahan daripada doktor itu amat menakutkan dirinya. Doktor memberitahu yang dia perlu menjalani kemoterapi untuk mengecutkan tumor sebelum tumor itu boleh dibedah dan dibuang.
Setelah berbincang dengan suaminya, Faridah bersetuju menjalani kemoterapi. Dia melakukan sebanyak lapan kitaran, bermula Oktober 2004. Pada Mac 2005, Faridah menjalani pembedahan membuang histerektomi sekali gus membuang tumor agar ia tidak merebak kepada organ-organ penting di tubuh.
“Keputusan tersebut adalah di tangan saya. Sama ada setuju atau tidak pembedahan tersebut dilakukan. Setelah berbincang dengan suami dan keluarga, mereka menyokong sepenuhnya agar saya menjalani pembedahan. Malah suami berkata, walaupun saya terpaksa membuang sistem peranakan, dia bersetuju kerana kami telah ada sepasang anak yang menyerikan hidup. Jika itu yang terbaik maka saya patut teruskan.”
Katanya lagi, di samping kemoterapi, dia juga perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 25 kali dan disusuli dengan 'brachytherapy' (antibodi dimasukkan melalui saluran vagina).
Pada Februari 2006, sewaktu pemeriksaan susulan, Faridah diberitahu terdapat ketumbuhan di hatinya dan dia perlu menjalani rawatan 'Radio Frequency Abilation' (RFA). Rawatan yang perlu dibuat selama sehari itu adalah kerana ia ada kena mengena dengan pengambilan hormon selepas rawatan.
* Dapatkan laporan lanjut dalam majalah Mingguan Wanita edisi 15-21 Februari



No comments:
Post a Comment