Total Pageviews

Sunday, 17 February 2013

Vemma Manufacturing



Vemma's state-of-the-art manufacturing facility
is a comprehensive and highly efficient site
where quality nutrition takes center stage


The facility is fully automated, with a capacity of up to 400,000 bottles per day. Beginning in September 2012, a high-speed canning line will go into production and will be capable of speeds up to 1,000 cans per minute.
The facility is: cGMP Certified | NSF audited | FDA inspected | HACCP compliant

Production

Chief Scientific Officer Yibing Wang, M.D., Ph.D., manages facility operations and ingredient sourcing. All suppliers are vetted, GMP-certified vendors. This process is thorough, efficient and meticulous. Furthermore, the facility is equipped to meet the strict standards set for some of the religious dietary law certifications.
Raw materials are identity tested using scientific fingerprint analysis protocols.
  • The Vemma formula is produced in a climate-controlled, ultra-clean filling room that utilizes positive air pressure and filtration to protect against microbial contamination and safeguard the nutrient quality of the product.
  • Pharmaceutical-grade reverse osmosis filtration is used for the water supply.
  • Product packaging is designed to protect the nutrient levels from sunlight.
  • Nitrogen is added before the product is capped, in order to remove any remaining oxygen in the bottles to protect the nutrient quality.

Quality Assurance

Vemma scientists conduct over 200 individual microbiological contaminant and nutrient tests on each batch of product. Research & Development staff conduct an extensive 30-step quality control process – including an organoleptic evaluation of taste, color and consistency – to ensure Vemma's high standards of quality are met. As an added step, finished product is sent again to a third-party laboratory to be tested for purity and potency. Only after these tests have been successfully performed and all markers passed are the products released for sale to Brand Partners.
The following quality control tests are regularly conducted:
  • Microbial
  • NLEA (label claims, including sodium)
  • Banned substances
  • Solvents
  • Pesticides
  • Heavy Metals
  • Vitamins
  • ORAC
Customer satisfaction is our highest priority. With state-of-the-art technology and advanced processes, Vemma ensures quality nutrition, every time.
Source: www.vemma.com

Thursday, 14 February 2013

Kisah Pengasas Sendayu Tinggi - Puan Rozita -


Assalamualaikum.
Saya tahu,ramai di luar sane,rate-rate dah tahu kisah mengenai Pengasas Sendayu Tinggi iaitu Puan Rozita Ibrahim.
Tak salah kite flashback untuk tatapan minda harian, bagi diri saya dan pembaca di luar sane. Sebagai pembakar semangat dan pedoman agar menjadi manusia yang lebih baik.

Cerita ni dah agak lame..Kalau xsalah tahun lepas..Dulu saya xmempunyai blog atau Facebook.Hanya melayari blog2 orang lain untuk bacaan. Kini,di blog saya sendiri, saya nak masukkan juga cerita-cerita yang menjadi pembakar semangat untuk diri saya agar lebih berjaya Dunia dan Akhirat.Amin.Dengan adenye blog ini, diharap dapat menjadi inspirasi buat anda semua.

Diharap, kejayaan beliau menjadi tunjang inspirasi untuk meneruskan Business Online saya sehingga berjaya. Mari kita ikuti kisah beliau "Apa yang beliau perlu hadapi untuk sampai ke tahap ini".



"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, sehinggalah mereka mengubah keadaan mereka sendiri - QS 13:11"

Semoga kisah ini dapat memberikan kita semangat dan menanam sikap tidak mudah berputus asa serta membuka minda tentang erti kegagalan. Ingat! Banyak cabaran yang perlu dilalui sebelum mencapai kejayaan!

"Success is a journey not  destination."


Jika diperhatikan doa beliau, untuk mempercepat hajat adalah bernazar kerana nazar ibarat kita
membuat win-win situation dengan Allah. Saya pernah bernazar satu perkara dalam masa sebulan, alhamdulillah tercapai. Yang penting, tunaikan nazar dengan jujur dan amanah serta menyegerakan pelaksanaan nazar.
Bagi pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim, beliau tidak pernah melupakan janji-janji yang dibuat kepada Tuhan.
Malah sehingga kini, setiap malam ketika menunaikan solat tahajud, beliau masih terus berdoa tentang perkara yang sama.
Menurut Rozita, doa tersebut bukan bermakna beliau cemburu dengan kejayaan orang lain tetapi kerana berhasrat menjadi yang lebih baik daripada yang terbaik.
“Saya mengaku saya bukan alim. Apa yang saya buat adalah kerana Allah. Saya pernah cuba meninggalkan janji-janji saya, tetapi jiwa saya keluh kesah,” akuinya ketika ditemui sebaik sahaja merasmikan cawangan terbarunya di Kuala Lumpur.
Selain cawangan tersebut, Rozita, seorang wanita yang asalnya tidak punya apa, kini telah mempunyai dua cawangan perniagaan Sendayu Tinggi, masing-masing di Bukit Tinggi dan Bukit Raja, kedua-duanya terletak di Klang. Selain turut mempunyai sebuah kilang sendiri di Pelabuhan Barat.
Berpegang kepada pepatah “Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat,’‘ Rozita tidak seperti kebanyakan wanita lain yang hanya berserah kepada nasib tetapi bangun melawan kemiskinan yang melingkungi hidupnya sehingga kini muncul sebagai antara wanita paling berjaya.
Kepada wartawan SITI MARIAM MD. ZAIN, ibu cekal berusia 40 tahun ini menceritakan kisah suka duka hidup dalam usaha menjadikan impiannya satu realiti.
Puan Rozita Ibrahim adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Bila membaca kisah kejayaan beliau, kita pasti akan mendapat motivasi kerana walau apa jua latar belakang kita, jika kita berusaha, pasti akan mendapat kejayaan. Jom baca artikel dibawah.

Hidup ini ada penawar dan racun

WANITA ini mengakui pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.

Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.

Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Rozita Ibrahim mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya.

Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Kepada wartawan RAHANA MD dan jurugambar MOHD. SHAHARANI SHAIBI, Rozita berkongsi sedikit pengalaman hidupnya di ibu pejabat Sendayu Tinggi yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.


Apa perasaan puan sekarang?
Sebenarnya saya macam tidak percaya rezeki yang Allah beri. Tetapi jauh di sudut hati, semakin hari saya semakin takut dan berdebar. Tak tahu kenapa. Mungkin takut orang kata. Kita ini hendak mendapat sebuah kejayaan memang susah. Tetapi untuk mengekalkannya lebih susah. Mampukah saya mengekalkannya?
Pernah terfikir sampai ke tahap hari ini?
Tidak pernah termimpi atau terkeluar dari mulut yang saya akan ada walau RM1 juta kerana apa yang saya harapkan ialah dapat keluar daripada belenggu kemiskinan yang menyebabkan saya hidup melarat.
Bagaimana puan melihat kejayaan ini?
Kalau kata bersyukur ya. Tetapi hendak kata bangga tidak. Kalau sebelum ini saya belum naik, saya buat ucapan tanpa membaca skrip, tetapi bila ada cawangan begini, macam-macam bermain di fikiran. Mampukah saya mempertahankan perniagaan ini? Mampukah saya membayar hutang dan buat yang lebih baik lagi?
Apa yang membimbangkan puan?
Saya tidak mahu orang cakap peniaga Melayu ini `hangat-hangat tahi ayam.’ Saya juga takut saya mungkin jadi riak. Saya hendak menjadi seorang ikon. Saya pernah ditawarkan gelaran Datuk tetapi kurang berminat kerana niat saya buat bisnes, bukan hendak menjadi ahli politik atau hendak terkenal atas nama Da-tuk.
Saya hendak orang kenal saya sebagai seorang perempuan yang susah, yang prihatin tetapi mempunyai semangat tinggi dan boleh membimbing perempuan lain melalui perniagaan Sendayu Tinggi.
Usaha ini merupakan satu perjuangan?
Pada saya ini satu jihad kepada diri sendiri. Pada saya, tanpa rezeki, tanpa kesihatan, kecantikan dan pelajaran, martabat itu tidak akan wujud. Dalam keluarga, saya rasa kalau suami tidak boleh pandang kita, kita pun tidak boleh menyumbang banyak kepada keluarga, saya rasa rugi hidup sebagai perempuan.
Kalau perempuan zaman Rasulullah atau perempuan yang berfikiran secara kampung, mereka kata, tidak apa, suami ada, dia boleh sara, anak-anak akan beri duit. Konsep hidup saya, tidak pernah mengharapkan bila tua nanti anak-anak jaga, saya tua nanti, suami ada. Dari dulu saya tidak reti hendak meminta-minta.
Dari mana puan dapat kekuatan ini?
Saya pernah bercerai. Saya pernah mengalami kehidupan yang teramat susah. Tiada siapa pandang saya. Saya sendiri kata, kenapa saya mesti menjadi seorang petani? Saya rasa saya muda, bertungkus-lumus membanting tulang, bersengkang mata untuk hidup. Anak dalam keadaan bahaya kerana ditinggalkan untuk mencari rezeki sehingga tengah malam.
Sampai bila saya harus begini? Mesin atau kereta sekalipun, kalau lasak sangat boleh rosak enjin. Walaupun saya tidak mempunyai pelajaran tinggi, tetapi kalau Lim Goh Thong boleh berjaya, kenapa saya tidak boleh menjadi sepertinya?
Saya bertanya sampai bila hendak jadi macam ini? Hidup melarat. Apabila fikir balik, saya bersyukur kenapa saya tidak disayangi oleh orang (sebak) sebab menganggap anak perempuan membawa malang. Disisihkan, dihina, dinista. Saya malah berterima kasih dengan seksaan yang diterima. Jika saya dimanja, dibelai, dipuja, saya tidak akan jadi seperti hari ini.
Saya senang bukan kerana peninggalan harta emak ayah, bukan kerana pelajaran, bukan kerana dorongan suami tetapi kerana kekuatan jiwa sebagai seorang ibu. Saya rasa bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak. Saya tidak mahu kerana kelemahan terlalu menaruh harapan – tak mengapa, suami sara saya. Tak mengapa anak-anak akan jaga saya, akhirnya masa depan anak-anak saya gelap.
Boleh gambarkan kesusahan masa lalu?
Saya pernah bersalin ketika itu ada duit hanya RM1.85 sen. Saya pernah bersalin (anak ketiga) tanpa ada bidan. Lahir sendiri, tidak ada lampin. Saya tidak pernah menangis kerana miskin. Tetapi sebab anak, saya menangis.

Saya miskin dan tidak makan, saya tidak hairan. Saya minta kain buruk dari rumah orang, saya kata untuk buat kain lap (kesat) kaki. Sebenarnya saya hendak balut anak saya. Basuh pinggan pakai berus sabut. Setiap kali Hari Raya, saya tidak pernah tunjuk pada emak yang saya miskin, tidak pernah balik raya. Saya beli baju lelong 50 sen untuk anak-anak.

Pengalaman yang saya tidak boleh lupa ialah makanan saya kalau setakat nasi berlaukkan sayur atau tidak makan, sudah jadi macam lali, tidak rasa apa. Kalau orang tengok saya berimej korporat, sebenarnya saya tidak selesa berkawan dengan orang korporat. Saya lebih selesa berkawan dengan orang macam saya dulu.

Sebab saya rasa itu adalah saya. Apa yang orang tengok saya sekarang, adalah sebagai pengasas sebenarnya. Saya terpaksa membawa diri saya – orang tengok nampak cantik tapi hakikatnya jiwa saya masih jiwa saya yang dulu.
Apa pengajaran yang puan belajar daripada pengalaman ketika hidup susah?
Bila saya pernah hidup susah, orang tidak menghiraukan saya, nyawa pun tidak ada nilai, sengsara dalam usia muda, saya kata, beri masa umur saya sebelum 40 tahun, saya mesti dapat sesuatu, sekurang-kurangnya rumah sebuah, kereta dan sedikit simpanan untuk hari tua.

Tetapi bila saya sudah berjaya, kalau hendak duduk senang lenang memang boleh, tetapi saya fikir balik, saya tidak boleh mengambil keputusan seperti itu, ramai perempuan lain yang boleh saya gilap. Mungkin kalau tidak jadi macam saya, dapat pendapatan antara RM50,000 atau RM100,000 sebulan pun sudah memadai.
Kebanyakan net working saya dapat angka itu. Saya rasa gembira. Saya selalu pesan pada net working saya, ingat asal-usul kita. Kekayaan, kemiskinan adalah ujian. Kalau niat untuk jihad, insya-Allah rezeki itu akan berkat, hati akan damai.
Puan belajar dari kehidupan sendiri?
Alam sekeliling adalah universiti saya. Kebanyakannya saya belajar daripada susah payah kehidupan. Saya sebenarnya tidak suka tengok sikap perempuan yang percaya perkahwinan adalah satu jaminan hidup. Pada saya perempuan ini sebenarnya bijak. Perempuan boleh berkembang. Walaupun tanpa pelajaran, banyak suri rumah berjaya buat jualan langsung.
Saya duduk dengan emak tidak lama, sebab berkahwin atas pilihan keluarga. Hidup saya tertekan. Sebab itu saya nampak setiap musibah yang datang adalah satu rezeki yang kita tidak tahu tetapi Allah turunkan. Kerana itu saya kata, kita patut belajar daripada musibah. Kita tidak boleh anggap sesuatu benda itu kemalangan, contoh macam anak saya meninggal dunia.
Orang tuduh punca anak saya mati lemas kerana perceraian. Kita perlu menerima takdir dengan terbuka. Kita patut melihat kesilapan kita yang lepas mungkin Allah balas sebagai penyucian dosa. Dalam masa sama, kerana orang tuduh saya tidak bertanggungjawab, saya buktikan kerana sayalah, anak-anak saya hari ini mendapat yang terbaik.
Mengapa berlaku tuduhan begitu?
Mereka menyalahkan saya kerana sakit hati, saya bercerai. Masa itu, anak balik kampung, bercuti, saya pula bekerja di Kuala Lumpur. Jadi mereka menyalahkan saya, “itulah emaknya pergi cari duit, anak mati lemas sebab dia lah tu.” Lagi satu, saya tengok sikap orang yang berfikiran sempit.
Mereka selalu memandang negatif kepada orang lain. Mereka menganggap perempuan yang menjadi ibu tunggal ini sebagai beban. Bagi saya, perempuan ini bersikap lemah, mereka perlu disayangi, diberi perhatian tetapi dalam masa yang sama juga, saya menyalahkan kaum perempuan itu sendiri.
Kenapa?
Kerana perempuan menggunakan kelemahan mereka untuk meraih simpati dan untuk menangis. Orang selalu berpandangan negatif kepada perempuan yang bercerai. Mereka kata, “baru kau tahu, baru kau rasa.” Kita patut beritahu pada diri sendiri, perceraian bukan satu benda yang sakit. Kita tidak akan mati kerana perceraian. Tetapi kita mesti buktikan walaupun bercerai, kita boleh hidup. Saya sering beritahu kepada ibu-ibu tunggal bahawa setiap perempuan itu mempunyai aura sendiri. Mereka mempunyai kekuatan tersendiri.
Bagaimana puan menghadapi tuduhan?
Saya tidak menyalahkan mereka. Orang boleh tuduh atau cakap apa sahaja. Saya kena buktikan, mungkin kalau bukan tahun ini, tahun yang akan datang.
Sebab di mana saya waktu itu? Saya mencari rezeki, anak saya meninggal masa dia tidak ada bersama saya. Tetapi saya lawan balik perasaan itu. Saya kata, ini adalah qadak dan qadar. Mungkin orang menuduh saya sebab Allah hendak menegur saya.
Bila saya cakap begitu, maknanya, orang yang mengata saya tidak salah dan saya kata diri saya juga tidak bersalah. Jadi saya rasa ringan. Dan jalan terbaik ialah memperbaiki diri sendiri.
Apa yang berlaku selepas itu?
Dua tahun saya tidak boleh tengok air. Dalam masa yang sama anak itu meninggal, saya mengandung dua bulan. Tetapi saya kuatkan semangat. Saya cakap pada diri saya, hidup harus diteruskan. Kalau saya ikut tension, anak dalam perut mungkin akan menerima kesan. Saya dekatkan diri dengan Tuhan, cari rakan yang boleh dipercayai untuk beri saya ketenangan.
Apa tindakan puan selanjutnya?
Bila saya tengok orang banyak memandang remeh terutama apabila kita miskin, tiada pelajaran, hidup susah, saya cuba berjanji pada diri sendiri – saya hendak hidup seperti orang lain. Saya hendak ada maruah dan martabat diri sendiri, mahu jadi seseorang. Alhamdulillah, saya dapat kerja, sebagai pegawai pengurusan harta. Kemudian saya cakap pada diri hendak menjadi pemilik syarikat. Sekali lagi Allah tunaikan.
Satu pengajaran yang saya dapat ialah saya dapat mendidik orang yang memandang sinis terhadap saya sebelum ini, malah mereka semua baik dengan saya sekarang.
Puan tidak berdendam dengan orang yang memandang hina pada puan dahulu?
Tidak kerana bagi saya, memaafkan seseorang itu adalah saat-saat yang indah – kata Fauziah Latiff – Dendam Yang Terindah. Tetapi jauh di sudut hati saya ada rasa sedih, sebab orang sayang bukan kerana ikhlas tetapi sebab kejayaan saya sekarang.
Awal tadi puan kata tiada kelulusan, bagaimana boleh mendapat kerja yang baik?
Terus terang saya katakan, saya juga pernah bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat percetakan selain bekerja di hotel. Saya sebenarnya bijak semasa sekolah. Peperiksaan tidak pernah dapat lebih daripada nombor empat. Memang saya pernah tinggal di Felda tetapi selepas bercerai saya duduk di bandar.
Di bandar, saya nampak saya mesti ada sesuatu untuk memajukan diri. Saya perbaiki kehidupan dengan mengambil kursus-kursus tetapi hanya di peringkat asas. Saya belajar selok-belok komunikasi dengan pelanggan dan sebagainya.
Semasa bekerja sebagai pegawai pengurusan harta, saya melihat kelemahan mentaliti dan sikap orang Melayu. Saya mengkaji kelemahan mereka untuk dijadikan iktibar supaya saya tidak menjadi seperti mereka. Semasa saya minta kerja ini, saya beritahu saya pernah bekerja sekian, sekian, tetapi saya tidak bawa sijil kerana hilang.
Walhal memang tiada sijil. Saya terpaksa menipu. Saya kata, beri saya peluang enam bulan. Kalau saya mampu buat kerja, ambil, jika tidak, buanglah saya. Alhamdulillah, saya dapat buktikan yang terbaik. Saya bertahan selama 10 tahun. Dalam masa yang sama, saya mula mencuba perniagaan Sendayu Tinggi.
Berapa modal permulaan puan?
Saya bermula dengan modal RM400, hasil gadaian barang kemas. Semasa di pengurusan harta, saya banyak terlibat di bahagian promosi dan operasi. Bila pelanggan datang, saya akan tanya, sudah kahwin ke belum atau mungkin ada masalah keluarga.
Kemudian saya akan syorkan mereka menggunakan produk herba saya. Suami-suami yang datang jumpa saya selepas itu mengaku isteri mereka macam anak dara. Dari situ perniagaan saya berkembang.
Kemudian saya cuba pula menjual ubat menguruskan badan. Pada awalnya tidak laku kerana saya sendiri gemuk. Apabila saya kurus, saya keluarkan gambar semasa gemuk dan tunjuk perbezaan sebelum dan selepas makan ubat. Sebenarnya saya cuba buat pinjaman bank tetapi ketika itu bank tidak layan. Alasan mereka, belum ada perniagaan herba yang berjaya di Malaysia.
Saya sakit hati. Saya kata pada diri sendiri, saya akan buktikan yang saya boleh berjaya. Saya tidak perlukan bank untuk berniaga. Dan saya semat dalam hati, mungkin satu hari nanti bank yang akan datang mencari saya. Betul. Sekarang semua bank cari saya.
Apa reaksi puan?
Biasa sahaja. Bagi saya bank mana yang boleh bagi kadar paling rendah saya ambil. Sebenarnya hendak berniaga kita tidak perlu ada modal banyak. Yang penting kita ada keyakinan diri, apa yang kita buat bagus dan jangan tipu. Buat ikhlas kerana Allah. Jadilah nanti.
Formula kejayaan puan?
Saya fokuskan minda saya dengan kata-kata. Dan saya akan berusaha ke arah itu.
Falsafah hidup puan?
Saya sentiasa ingat pesan bapa, jangan menipu, jangan rasuah dan jangan buat benda-benda bodoh – minum arak. Pesan saya pada diri saya – jangan riak dan takbur.
Bagaimana sikap puan sebenarnya?
Saya mempunyai banyak karakter. Saya boleh menjiwai sebagai seorang perempuan kampung, sebagai wanita korporat, ibu dan hakikat yang orang tidak tahu ialah orang nampak saya lemah lembut tetapi sebenarnya saya sangat tegas dan keras hati. Tiada apa yang boleh mengatakan tidak dalam kamus hidup saya.
Kalau saya hendak sesuatu, saya pasti akan dapat. Sebab pada saya, dalam dunia ini tiada perkara yang tidak boleh. Selagi tidak cuba, kita tidak akan tahu. Itu diri saya yang sebenar. Di rumah, saya adalah ibu dan isteri, seperti suri rumah yang lain.
Hobi puan?
Memasak dan tengok orang makan apa yang saya masak. Saya juga suka menghias. Semua pejabat saya, saya hias sendiri. Selain itu, saya suka melihat satu benda mustahil tetapi boleh menjadi kenyataan.
Apa yang pelik tentang diri puan?
Saya tidak suka pakai kasut. Saya biasa turun kereta, kejar orang dengan berkaki ayam semata-mata untuk memberi sedekah. Saya juga masih berkeliaran di pasar-pasar termasuk pasar borong dan pasar malam. Saya masih shopping di kedai-kedai bundle. Saya tak pernah rasa malu untuk berpakaian begitu sebaliknya saya rasa lebih cantik.
Puan seorang yang kedekut dan memakai pakaian berjenama?
Kalau saya kedekut saya tidak akan membantu wanita-wanita malang dan fakir miskin. Pada saya, daripada kita membazir duit tidak tentu fasal, membeli kereta mewah dan pakaian mahal, lebih baik kita sedekah duit buat amal jariah. Kita membeli pakaian berjenama, padahal kalau beli di Petaling Street, sama sahaja.
Orang kata puan pun semakin berubah?
Kalau orang kata kemewahan boleh mengubah saya, tidak. Orang nampak saya mungkin sebagai pengasas (Sendayu Tinggi) tetapi saya tetap saya yang seperti dulu.
Apa makna perkahwinan bagi puan?
Pada saya, tidak guna kalau kita berkahwin tetapi perasaan kita terseksa. Kita cuba mendapatkan kebahagiaan itu tetapi daripada kita kena pukul, sakit hati, tiada komitmen dalam kehidupan, saya rasa lebih selesa mengakhirinya, saya tak nak `sakit.’ Malangnya orang anggap saya berkahwin banyak kali kerana suka-suka. Saya sedar banyak kata-kata di luar tentang saya. Orang boleh bercakap apa sahaja. Tetapi saya yang melalui kehidupan, saya tahu apa yang berlaku dan apa perlu dibuat.
Ada orang kata puan gila glamor, suka promosi diri sendiri menerusi iklan?
Kalau saya guna model orang lain, dia tak pakai Sendayu Tinggi, dia cuma jual produk. Tetapi itulah diri saya sebenarnya – pergi ke hutan, berjumpa nenek kebayan yang mempunyai rahsia kesihatan terbaik. Saya daripada perempuan biasa yang tiada apa-apa, kemudian menjadi lebih berkeyakinan setelah menggunakan Sendayu Tinggi.
Iklan itu kisah benar?
Itulah apa yang berlaku sebenarnya. Ia kisah diri saya. Tetapi nenek tersebut bukan nenek kebayan, tetapi bidan tua yang uzur. Saya pembuat, saya pengarah dan saya pengasas. Mudahnya saya adalah Sendayu Tinggi dan Sendayu Tinggi adalah saya. Kalau ada orang kata saya cuba promosi diri semata-mata kerana mencari glamor, saya rasa saya boleh buat lebih daripada itu.
Apa harapan puan?
Saya hendak mendapat satu kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan penuh berkat. Sebab saya rasa kalau kaya sahaja, hati tidak tenteram, tidak guna.

Friday, 8 February 2013

Let's Start @Vemma!

Saya percaya, ramai yang akan bertanya, "Bagaimana menjana pendapatan di Vemma?"
Di sini saya akan berkongsi sedikit info bagaimana kita boleh menjana pendapatan dengan menjalankan perniagaan di Vemma.

Vemma mempunyai sistem Internet Marketing Automatik, yang dipanggil VemmaBuilder yang sangat efektif, dimana, sistem ini akan menolong anda meng"Follow-Up" (erk betol ke ayat aku nih?..) dengan prospek anda yang berminat untuk menjalankan bisnes dengan Vemma. Jika anda adalah Blogshop Owner atau menjalankan Affiliate Marketing, following up melalui Email Marketing adalah amat penting. Jika Follow-up tidak dilakukan dengan baik, berkemungkinan anda akan kehilangan ramai prospek-prospek yang berpotensi untuk bersama anda dalam menjalankan perniagaan Vemma.


Terus terang saya katakan, pada mereka yang baru sahaja join Vemma Business akan panik,blur dan risau.Kenapa?Sebab tidak tahu macam mana nak mula.Tapi jangan risau, saya pon dulu beginner dalam Internet Marketing. Selagi ade VemmaBuilder, anda tidak perlu risau. 80% urusan anda VemmaBuilder akan uruskan. Saya bukanlah hebat, tapi dengan adenye sistem ini, segala kelemahan saya di atasi.


Immediately after you joined as Vemma Business Partner, anda akan diberi 9 digit Vemma ID dan terus layak untuk menggunakan sistem tersebut. 


For your info, Vemma menawarkan 9 Bonuses untuk Brand Partner yang berjaya(Di Vemma,Kami di panggil Brand Partner, bukannya representative ye!). Jika anda layak,anda akan menerima bonus tersebut berdasarkan kelayakan dan akan merasai Residual Income.(saya akan ceritakan dlm entry lain berkenaan residual income).

9 Bonuses itu adalah:-

1) Fast Start Bonus
2) Cycle Bonus
3) Rank Advancement Bonus
4) Momentum Bonus
5) Matching Bonus
6) 2nd Tier Matching Bonus
7) Car Bonus
8) Frenzy bonus 
9) Global Bonus Pool

*Bayaran Bonus akan dibayar setiap minggu..YES!as you read,EVERYWEEK.
Dalam Vemma Business tak susah sebenarnya. Even student or mereka yang bekerja Full Day time pon boleh joint untuk buat duit secara part time. Sebab seperti yang saya terangkan sebelum ni, Vemma Builder Sistem akan menolong anda. Dan apa yang perlu anda lakukan adalah usaha (effort) yang berterusan dan masa (bersama laptop). And Work closely with your upline and team members of Vemma Team Alpha. 

Just copy and do what they had done. "To be a successful person, you must always listen to the advice from the one who's already achieved your goal."-Robert Kiyosaki




Untuk join kami dalam Vemma Online Business, just follow the steps below:

1) Login to http://www.vemmabuilder.com/login/index.jsp with your ID and password, kalau lupe login details, click "Forgotten Password link" to have it emailed back to you.

2) Click "Get Started" button

**Remarks: Kalau anda tidak pernah register untuk account, anda perlu Fill Up the Form kat sidebar sebelah untuk dapatkan ID & Password.

To Your Success,
Together at The Top
EnoVemma





Thursday, 7 February 2013

Pengenalan Minuman Vemma


Terlalu banyak pil vitamin yang perlu ditelan?
Ingin memulakan gaya hidup sihat di Tahun Baru?
Siapa yang sentiasa sibuk,penat,letih dan mempunyai jadual kerja yang padat?
Dan mencari 1 supplement tambahan lengkap untuk seisi keluarga?



Gaya hidup masa kini yang pantas dan sangat sibuk menyebabkan ramai gagal untuk mengamalkan supplemen dengan betul. Mengakibatkan kekurangan mineral dan vitamin penting yang kritikal untuk badan berfungsi dengan baik. Kebanyakan pakar industri kesihatan akan memberitahu anda bahawa asas nutrisi yang kukuh adalah penting bagi kesihatan dan kesejahteraan hidup.


Malah kini,saintis dan pakar perubatan mengiktiraf keperluan vitamin tambahan dalam program nutrisi harian hidup kita.
2 ahli sains dari Harvard Medical School menyarankan, seorang dewasa perlu mengambil supplemen vitamin harian. Ini adalah kerana berdasarkan 2 faktor:
1) Ramai dikalangan penduduk dunia tidak mendapat vitamin yang cukup daripada diet
2) Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pemakanan vitamin tambahan memainkan peranan penting kesihatan dalam jangka panjang


**Mengamalkan diet yang seimbang, bersenam juga merupakan faktor utama dalam membina asas nutrisi yang kukuh. Bukan sahaja mengambil suplemen vitamin yang cukup tetapi juga ANTIOKSIDAN yang kuat dan kedua-dua bentuk mineral utama, surih dan ultra-surih.

Mengapa Sangat Penting Untuk Membina Asas Yang Kukuh?


Setiap hari, 63 trilion sel badan anda sentiasa dibedil oleh molekul tak stabil yang dikenali sebagai "radikal bebas"daripada udara yang anda bernafas,makanan yang anda makan dan air yang anda minum.


Radikal bebas boleh merosakkan sel badan dan mempercepatkan proses penuaan.

Semakin baik anda melindungi sel badan anda, semakin sihat sel anda dan semakin muda yang anda dapat rasakan!



Memperkenalkan Vemma Premix (Ultra-Premium Liquid Dietary Supplement)


Ia dinobatkan sebagai salah satu "The Most Powerful Liquid Antioxidant in the World! and also The Most Complete Nutritional Programme."



Ia bukan sahaja bertindak sebagai supplement harian anda,malah merupakan jus minuman terbaik yang akan pernah anda cuba!Rasailah sendiri.Untuk pembelian Klik Di Sini.

Produk Vemma dilengkapi dengan Vitamin, Multimineral dan Anti-Oksidan sebagai makanan tambahan dalam bentuk cecair. Mengandungi lebih daripada 80 kandungan nutrien. VeMMA sendiri merujuk kepada:

V=Vitamin
e= Essential
M= Minerals 

M= Manggosten
A= Aloe Vera  
Produk Vemma merupakan ekstrak daripada keseluruhan buah manggis (termasuk kulit.Ya! Iaitu kulit). Antioksidan yang amat tinggi terdapat pada kulit buah manggis itu sendiri! Vemma juga mengandungi 65 micromineral daripada sumber sayur-sayuran, daun aloe vera dan teh hijau (bebas kafein) yang diekstrak.



Sifat Vemma yang berbentuk cecair memudahkan penyerapan ke dalam badan manusia.




Hanya segelas kecil setiap hari, mampu bertindak dan menyalurkan kebaikan daripada pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran segar!


Picture


Picture

* Produk ini mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat Sijil Halal IFANCA yang diiktiraf oleh JAKIM (sila rujuk di sidebar --->)

Saturday, 2 February 2013

VEMMA - Bermulanya Seorang Housewife



Hi saya Eno, i'm a mother and used to work before i gave birth.
Akhir tahun 2011,saya brenti kerja untuk menjaga anak.Tindakan yang drastik tapi demi kebaikan kami sekeluarga. Bila fikirkan Zahra berusia 2bulan, dan serahkan pada orang lain untuk jaga,xsampai hati rasenye..suami pon xsanggup.Die yang menyokong dan die yang beri pilihan untuk saya agar tidak bekerja.
Lagipon anak saya mengalami muntah yang kerap. Saya tahu ini adalah normal bagi bayi baru lahir. Tapi hati risau.,bila ade 1 kejadian,Zahra tersedak ketika tido. Munking inila petanda bagi saya, dan terus berhenti kerja...




Yes i know,there are so many mother out there yang risau kat anak mereka.Bukan aku sorang jek.Pilihan terletak pada diri masing-masing..aku paksa diri aku untuk brenti keje...Dalam hati Tuhan jek tahu betapa risau camne nak bayar hutang kete,gaji kat tangan dah RM$$$$. Rugi kalau let go. Selama ni pon,tiap2 bulan bagi duit kat mak ayah,pada adik-adik yg still blaja kat Uni...

Kalau diberi pilihan untuk tidak KELUAR BEKERJA,aku rasa ramai wanita luar sane yang nak duk umah jek..Bekerja,tapi hanya perlu berada di rumah...Segala bermula dari rumah. Dapat jaga anak tapi dalam masa yang same income masuk..Sape yang xnak??!! aku pon nak,boleh shopping,jadi suri rumah yang bergaya.Takdela setiap kali nak beli pencuci muke,compact powder,krim malam siang, abang nak duit,abang nak duit,blalala...Mahu laki cakap,tepek jek kat muke pakai kunyit..hahaha


Bile xkeje ni,banyak mnde aku fikir...Pernah tak korang, bile blogwalking ke,tengok tv ke, time shopping-shopping...pastu dalam hati terdetik bestnye kalau aku dapat beli ni,best nye aku dapat jadi macam die nih...Aku pon same..Tapi aku nekad untuk berubah.Aku xnak "Bestnye jadi macam die"..Tapi aku nak jadi diri aku."May the Rest of Your Life Be The Best of Your Life".Jangan tunggu sampai "kenapa aku dari dulu tak mula".."dah lambat,patut dari dulu lagi"...Mat salleh cakap "It's better late than never to discover your inner potential".


Don't wait until "Someday" discover your Potential. There is no Guarantee of Someday. Masa yang terbaik untuk bermula adalah SEKARANG! 
Jadi saya mengajak,anda diluar sana untuk mulakan hidup anda sekarang dengan Vemma!
"...For Things to Change, You need to Change.."

Bagi mereka diluar sane yang mempunyai impian besar,cita-cita besar, dan ingin mengubah cara pemikiran, mengubah cara hidup agar lebih teratur dan bermakna tanpa perlu struggle every month dan pening akan masa hadapan, WORK WITH ME AND MY TEAM!

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Vemma, cume fill up form yang ada di sebelah kanan blog ini. Dan anda akan lihat perubahan yang tidak pernah anda alami sebelum ini. Mulakan dari sini sekarang!



Love,
To your Success,
Eno Vemma :)